Monday, July 13, 2009

Penggunaan Ayat Arahan

Terdapat tiga perkara utama yang perlu dinyatakan dalam sesuatu ayat berbentuk arahan iaitu:

  1. Pernyataan kes/situasi/perkara
  2. Bentuk aktiviti untuk kes/situasi/perkara
  3. Arahan penyelesaian kes/situasi/perkara (Mulakan dengan arahan dan diikuti dengan kes

Contoh penggunaan seperti berikut:

Contoh 1:
Berikut ialah tiga peringkat penurunan nuzul al-Quran. Susunkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran mengikut urutan yang betul. Seret dan letakkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran di ruang kosong yang disediakan. Klik butang semak apabila selesai.

  1. Pernyataan kes/situasi/perkara
    Berikut ialah tiga peringkat penurunan nuzul al-Quran

  2. Bentuk aktiviti untuk kes/situasi/perkara
    Susunkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran mengikut urutan yang betul.

  3. Arahan penyelesaian kes/situasi/perkara
    Seret dan letakkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran di ruang kosong yang disediakan. Klik butang semak apabila selesai.

Contoh 2:
Hadi telah diterima masuk ke sebuah pusat pengajian Islam. Setiap pelajar yang diterima masuk ke pusat tersebut diwajibkan menghasilkan bahan ilmiah berkaitan dengan Al-Quran dan Sunnah. Tajuk bahan ilmilah yang perlu dihasilkan ialah “Dalil Penurunan Al-Quran Secara Berperingka”. Bantu Hadi menyiapkan bahan ilmiahnya dengan melengkapkan dalil-dalil tentang penurunan al-Quran secara berperingkat. Klik pada maksud yang betul untuk melengkapkan dalil tentang al-Quran berada di Luh Mahfuz

  1. Pernyataan kes/situasi/perkara
    Hadi telah diterima masuk ke sebuah pusat pengajian Islam. Setiap pelajar yang diterima masuk ke pusat tersebut diwajibkan menghasilkan bahan ilmiah berkaitan dengan Al-Quran dan Sunnah. Tajuk bahan ilmilah yang perlu dihasilkan ialah “Dalil Penurunan Al-Quran Secara Berperingkat”.

  2. Bentuk aktiviti untuk kes/situasi/perkara
    Bantu Hadi menyiapkan bahan ilmiahnya dengan melengkapkan dalil-dalil tentang penurunan al-Quran secara berperingkat.

  3. Arahan penyelsaian kes/situasi/perkara
    Klik pada maksud yang betul untuk melengkapkan dalil tentang al-Quran berada di Luh Mahfuz
Note: Pastikan arahan ayat sentiasa lengkap untuk memudahkan pemahaman kepada aktiviti.

No comments:

Post a Comment