- Pernyataan kes/situasi/perkara
- Bentuk aktiviti untuk kes/situasi/perkara
- Arahan penyelesaian kes/situasi/perkara (Mulakan dengan arahan dan diikuti dengan kes
Contoh penggunaan seperti berikut:
Contoh 1:
Berikut ialah tiga peringkat penurunan nuzul al-Quran. Susunkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran mengikut urutan yang betul. Seret dan letakkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran di ruang kosong yang disediakan. Klik butang semak apabila selesai.
- Pernyataan kes/situasi/perkara
Berikut ialah tiga peringkat penurunan nuzul al-Quran - Bentuk aktiviti untuk kes/situasi/perkara
Susunkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran mengikut urutan yang betul. - Arahan penyelesaian kes/situasi/perkara
Seret dan letakkan peringkat-peringkat penurunan al-Quran di ruang kosong yang disediakan. Klik butang semak apabila selesai.
Contoh 2:
Hadi telah diterima masuk ke sebuah pusat pengajian Islam. Setiap pelajar yang diterima masuk ke pusat tersebut diwajibkan menghasilkan bahan ilmiah berkaitan dengan Al-Quran dan Sunnah. Tajuk bahan ilmilah yang perlu dihasilkan ialah “Dalil Penurunan Al-Quran Secara Berperingka”. Bantu Hadi menyiapkan bahan ilmiahnya dengan melengkapkan dalil-dalil tentang penurunan al-Quran secara berperingkat. Klik pada maksud yang betul untuk melengkapkan dalil tentang al-Quran berada di Luh Mahfuz
- Pernyataan kes/situasi/perkara
Hadi telah diterima masuk ke sebuah pusat pengajian Islam. Setiap pelajar yang diterima masuk ke pusat tersebut diwajibkan menghasilkan bahan ilmiah berkaitan dengan Al-Quran dan Sunnah. Tajuk bahan ilmilah yang perlu dihasilkan ialah “Dalil Penurunan Al-Quran Secara Berperingkat”. - Bentuk aktiviti untuk kes/situasi/perkara
Bantu Hadi menyiapkan bahan ilmiahnya dengan melengkapkan dalil-dalil tentang penurunan al-Quran secara berperingkat. - Arahan penyelsaian kes/situasi/perkara
Klik pada maksud yang betul untuk melengkapkan dalil tentang al-Quran berada di Luh Mahfuz