Monday, April 6, 2009

Instructional Designer??? Apa tu?

Salam.

Tidak lama dulu, setiap kali orang bertanya apa kerja aku... mesti ada pertanyaan kedua yang muncul selepas aku bagitau pekerjaan aku. Berikut ialah dialog tipikal:

Kawan: Eh Jad, ko kerja apa sekarang?
Jajad: Instructional Designer
Kawan: Kerja apa tu? Tak pernah dengar pun...
Jajad: Er... kerja apa ye? camner nak citer ek....??

Cam tu la lidah aku terkelu nak terangkan pekerjaan aku... Yang pastinya mmg di luar norma pekerjaan member2 yang lain... Tu belum masuk lagi bab nak explain kat makcik2 kat kampung... berbuih mulut gaklah nak pahamkan diorg.

Jadi aku nak dedicatekan blog ni untuk fahamkan orang kat luar sana apa tu kerja Instructional Designer. Dan aku gak nak sharekan info2 pasal instructional design, teori2 pembelajaran dan apa sahaja tentang dunia pekerjaan aku.

So, buat ID2 yang baru nak menapak dalam bidang e-learning, harap blog ni dapat memberi sedikit manfaat. Oh ya! Aku akan cuba postkan bahan rujukan dalam Bahasa Melayu!

Salam.
JAJAD

1 comment:

  1. ha bagus la ada blog ni. saya pun selalu susah nak cakap apa kerja ID. walopun skang dah tak keje ID, tapi in the future ke boleh la terangkan kat org pasal keje ni. memang ramai org tak tahu pun :D

    ReplyDelete