Wednesday, April 8, 2009

Instructional Designer - Jawatan Imaginasi?

Salam.

Rasanya ramai antara kita (termasuklah aku sendiri) yang pernah memohon jawatan kerajaan ketika baru saja grad dan tercari-cari arah tuju yang besesuaian dengan kelayakan. Tahukah anda yang di dalam borang jawatan tu, tiada tersenarai kategori utk "Instructional Designer" atau "Pereka Arahan". Boleh dikatakan semua jawatan yang related dengan industri pendidikan dan multimedia wujud dan diketahui umum... cthnya, pereka grafik, pengaturcara, animator, 'educationalist', pakar rujuk.. etc, ..... Jadi boleh ke jika aku katakan yang jawatan ID ni jawatan imaginasi yang hanya orang yang terlibat di dalam industri sahaja yang tahu kewujudannya?

Aku selalu memujuk diri dengan mengatakan tak kisahlah orang di luar sana tak tahu apa pekerjaan aku, asalkan orang di dalam industri tahu dan aku masih boleh 'berpusing-pusing' bekerja di dalam kelompok yang sama. Tapi semakin lama bekerja dan going thru each process of the job, aku realize yang kerja ID ni is not that easy dan its not just performing a collection of imaginative tasks. Dan aku rasa its time people start realizing kewujudan ID dan kepentingan ID di dalam sesuatu organisasi.

Oleh itu, aku rasa untuk memastikan kewujudan kita diterima (dan maybe disenaraikan dalam borang SPA) setiap ID mesti start looking at themselves sebagai seseorang yang boleh mengubah sesuatu informasi yang intangible kepada sesuatu yang mempunyai nilai perniagaan yang tinggi dan mempunyai nilai epistomologi yang bermutu dan berkualiti.

Namun, setiap kali anda berkata "aku boleh mengubah nilai informasi", aku nak anda tanyalah diri anda, "adakah anda mampu melakukannya"? Jika anda tidak mampu memberikan jawapan yang konkrit dan bersifat operational, maka anda harus lakukan lebih dari hanya berfikir. Lagipun, bukankah tugas ID lebih dari hanya berfikir?

Jadi, aku nak poskan soalan kepada anda semua sekali lagi... Mampukah kita jadikan ID jawatan yang diiktiraf ramai?

Salam.
JAJAD 090409

No comments:

Post a Comment