Thursday, April 9, 2009

Ciri-ciri Pre-requisite Seorang ID

Salam.

Many times aku sering ditugaskan untuk menginterview candidate utk post ID. Each time aku jugak aku rasa dispirited sebab kebanyakkan candidate yg HR panggil tidak prepare langsung utk jawatan ini. Many of them do not take the initiative to at least briefly get to know the job sebelum dtg for interview. Kalau yg dtg ialah fresh grads, then it is still OK. But, ramai jugak candidates yang already an ID for several years, yet still could not express themselves well when asked during the interview sessions.

So, now aku nak jelaskan ciri-ciri pre-requisite seorang ID. Maksud aku, sebelum menjadi seorang ID atau sesudah menjadi ID, seseorang perlu ada ciri-ciri ini:
  1. Ability untuk menulis
    Seorang ID perlu ada kemahiran menulis (tak kiralah in BM, BI or any other languages). Penulisan juga haruslah dalam pelbagai bentuk seperti email dan blog. Seorang ID perlu juga tahu menulis pelbagai bentuk dokumen formal seperti status report, silibus kursus, proposals, research findings, case studies, penulisan concept dan kalau boleh penulisan informal seperti review tentang sesuatu artikel, novel malah skrip. If only I'd known (emmpph).
  2. Ability untuk present idea verbally (bercakap la tu)
    Seorang ID perlu ada ability untuk luahkan idea secara verbal yang mampu inform, engage, persuade dan membolehkan oleh lain respond atau bertindak. Dengan kata lain, ID perlu ada kemahiran berkomukasi dengan baik. Kenapa perlu? Kerana ID perlu interact dengan pelbagai pihak (SME, team member, client, etc). Semua phak ini dtg dari pelbagai level dan latar belakang. Komunikasi boleh dilakukan dengan bersahaja (tanpa bahan bantuan) atau dengan menggunakan pelbagai bentuk media bantuan (powerpoint slides, etc). Ini termasuklah keupayaan untuk meluahkan idea melalui medium public speaking, presentations, training, etc.
  3. Mempunyai sedikit pengetahuan tentang teknologi
    ID perlu ada sedikit pengetahuna tentang teknololgi terkini dalam pembangunan bahan pendidikan dan lebih baik jika ID sendiri ada keupayaan untuk menggunakan teknologi tersebut (cthnya, boleh menggunakan software Flash). ID juga perlu tahu pelbagai teknologi yang menjadi trend kegunaan pengguna untuk berkomunikasi dan belajar. Cthnya web conferencing, media-media social (facebook, blog, portal2 pembelajaran ,etc). Lebih byk pengetahun tentang emerging technologies, lebih byk ID dapat benefit dan incorporatekan dlm development.
  4. Mempunyai keupayaan untuk view sesuatu projek secara keseluruhan
    Seseorang ID perlu mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu perkara in a broader prespektif. Tak kisahlah perkara apa, jangan terlalu rigid kan diri hanya pada tugas yang dilakukan sahaja. Selalunya ID merasakan tugas mereka hanya diskopkan pada storyboard writing. Aku pun tak faham macam ID boleh rasa kerja mereka hanya buat storyboard (dush!). Sedangkan skop tugas ID adalah lebih besar dan bersifat total dan menyeluruh. Jika anda lihat model ADDIE, tugas ID wujud di setiap phase (later aku akan berckp tentang ADDIE dan kenapa walapun selepas 20 tahun lebih ia masih relevant). ID perlu tahu setiap fasa ADDIE (know by heart ye) dan tahu fungsi setiap fasa yang dilalui dengan jelas untuk appreciate the whole projek. And yes, ID juga perlu tahu skop tugas dan capability team members yang lain (supaya tak kena kencing dengan GD atau MMP! Opss!!! Jgn mareee….hahahaha)

OKlah, tu jer kot yang aku dapat listkan buat masa sekarg. Nanti kalau teringat lagi, aku akan addkan.

Salam.
JAJAD

Wednesday, April 8, 2009

Instructional Designer - Jawatan Imaginasi?

Salam.

Rasanya ramai antara kita (termasuklah aku sendiri) yang pernah memohon jawatan kerajaan ketika baru saja grad dan tercari-cari arah tuju yang besesuaian dengan kelayakan. Tahukah anda yang di dalam borang jawatan tu, tiada tersenarai kategori utk "Instructional Designer" atau "Pereka Arahan". Boleh dikatakan semua jawatan yang related dengan industri pendidikan dan multimedia wujud dan diketahui umum... cthnya, pereka grafik, pengaturcara, animator, 'educationalist', pakar rujuk.. etc, ..... Jadi boleh ke jika aku katakan yang jawatan ID ni jawatan imaginasi yang hanya orang yang terlibat di dalam industri sahaja yang tahu kewujudannya?

Aku selalu memujuk diri dengan mengatakan tak kisahlah orang di luar sana tak tahu apa pekerjaan aku, asalkan orang di dalam industri tahu dan aku masih boleh 'berpusing-pusing' bekerja di dalam kelompok yang sama. Tapi semakin lama bekerja dan going thru each process of the job, aku realize yang kerja ID ni is not that easy dan its not just performing a collection of imaginative tasks. Dan aku rasa its time people start realizing kewujudan ID dan kepentingan ID di dalam sesuatu organisasi.

Oleh itu, aku rasa untuk memastikan kewujudan kita diterima (dan maybe disenaraikan dalam borang SPA) setiap ID mesti start looking at themselves sebagai seseorang yang boleh mengubah sesuatu informasi yang intangible kepada sesuatu yang mempunyai nilai perniagaan yang tinggi dan mempunyai nilai epistomologi yang bermutu dan berkualiti.

Namun, setiap kali anda berkata "aku boleh mengubah nilai informasi", aku nak anda tanyalah diri anda, "adakah anda mampu melakukannya"? Jika anda tidak mampu memberikan jawapan yang konkrit dan bersifat operational, maka anda harus lakukan lebih dari hanya berfikir. Lagipun, bukankah tugas ID lebih dari hanya berfikir?

Jadi, aku nak poskan soalan kepada anda semua sekali lagi... Mampukah kita jadikan ID jawatan yang diiktiraf ramai?

Salam.
JAJAD 090409

Monday, April 6, 2009

Instructional Designer??? Apa tu?

Salam.

Tidak lama dulu, setiap kali orang bertanya apa kerja aku... mesti ada pertanyaan kedua yang muncul selepas aku bagitau pekerjaan aku. Berikut ialah dialog tipikal:

Kawan: Eh Jad, ko kerja apa sekarang?
Jajad: Instructional Designer
Kawan: Kerja apa tu? Tak pernah dengar pun...
Jajad: Er... kerja apa ye? camner nak citer ek....??

Cam tu la lidah aku terkelu nak terangkan pekerjaan aku... Yang pastinya mmg di luar norma pekerjaan member2 yang lain... Tu belum masuk lagi bab nak explain kat makcik2 kat kampung... berbuih mulut gaklah nak pahamkan diorg.

Jadi aku nak dedicatekan blog ni untuk fahamkan orang kat luar sana apa tu kerja Instructional Designer. Dan aku gak nak sharekan info2 pasal instructional design, teori2 pembelajaran dan apa sahaja tentang dunia pekerjaan aku.

So, buat ID2 yang baru nak menapak dalam bidang e-learning, harap blog ni dapat memberi sedikit manfaat. Oh ya! Aku akan cuba postkan bahan rujukan dalam Bahasa Melayu!

Salam.
JAJAD